Thursday, December 15, 2011

Dah besar baru kena kembung perut...

Fatih makin aktif sekarang ni....segala apa yang kita buat dia pun nk join sekali...apa yang kita makan dia pun nk makan sekali...Aritu kakak-kakak kat rumah jalinan kasih (rjk) bagi dia minum nescafe...apa lagi dia minum tanpa segan silu la...dah tu malam perutnya kembung...dia nak tidur pun serba tak kena....mama nak masuk toilet pun dia merenggek...so malam tu mama pun kurang lena la tidur nya coz fatih xberapa nak lena...dah di urut perutnya pun tidur xlena...Akhirnya mama bagi fatih tidur meniarap baru la dia rasa selesa...tapi fatih ni tidur lasak....Alhamdulillah perut fatih dah xkembung lagi....


So ni sedikit petua yang daku dapat dr mr google


Bagaimana cara untuk menenangkan bayi yang mengalami sakit perut akibat angin atau kembung dan menghentikan tangisannya? Anda boleh mencuba beberapa cara yang dipercayai oleh ibu dan sudah terbukti dapat meredakan kesakitan dan tangisan bayi.

* Sendawakan bayi secara lebih kerap. Bayi menelan angin apabila menghisap susu menyebabkan angin berkumpul dalam perut dan menimbulkan kerengsaan. Cuba sendawakan bayi setiap kali anda menukar puting jika anda menetekkan bayi atau selepas bayi menghisap dua hingga tiga auns susu formula bagi bayi yang menyusu botol. Ibu bapa berlatih menggunakan kaedah-kaedah berikut untuk mensendawakan bayi :
  • Tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut anda dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut anda perlahan-lahan.
  • Dakap bayi menggunakan sebelah tangan dengan meletakkan kepalanya ke bahu anda dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.
  • Telentangkan bayi, angkat kakinya dan kayuhkan ke depan dan ke belakang seperti mengayuh basikal hingga lututnya rapat ke perut.
  • Dudukkan bayi di atas pangkuan. Angkat kepala bayi dan tepuk belakangnya.
  • Pegang bayi dalam keadaan tertiarap di bawah lengan dengan kepalanya di atas tapak tangan anda.
  1. Bawa bayi anda bersiar-siar di taman
  2. Tukar pemakanannya. Cuba kurangkan makanan yang boleh menyebabkan angin atau mengembungkan perut bayi.
  3. Mainkan muzik perlahan, kurangkan cahaya lampu dan bunyi televisyen
  4. Biarkan bayi mendengar bunyi yang berulang seperti bunyi pembersih vakum atau mesin basuh
  5. Tuam atau tekap perut bayi dengan kain hangat atau botol air hangat
  6. Dukung bayi sambil mendodoi atau menyanyi perlahan.

Sumber Dari www.bharian.com.my